I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat menyambut Ramadhan buat semua warga SK LKTP Tersang Satu. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita semua hamba-Nya yang taat dan ampuh segala dugaan yang datang.

Read More......
Khamis, 4 Ogos 2011 Posted in | | 0 Comments »

SK LKTP Tersang 1 mengucapkan selamat berhijrah kepada 3 orang guru yang bertukar ke sekolah baru. Mereka ialah Cikgu Norhidayah Md. Noor yang bertukar ke SK Raub Jaya, Cikgu Ahmad Sukri Sharkawi (GPK1) yang bertukar ke SK Ulu Gali serta Cikgu Mohd. Nazri Omar (GPK Koku) yang bertukar ke SKP Methodist Raub. Semoga sukses berada di sekolah baru. Sekolah lama jangan dilupa.

Read More......
Selasa, 14 Jun 2011 Posted in | | 0 Comments »

Warga sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Kamarul Anuar yang kembali kerahmatullah pada tanggal 11 Jun 2011. Untuk makluman, Allahyarham baru sahaja melaporkan diri di sekolah ini dalam cuti persekolah semester baru-baru in. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Alfatihah.

Read More......
Posted in | | 0 Comments »


Tanggal 21 Mei, SKLKTP Tersang 1 meraikan Hari Guru peringkat sekolah. Program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Di antara acara yang dijalankan adalah perlawanan sukaneka guru, persembahan dari murid serta pertukaran hadiah di antara guru dan staf. Acara awal adalah pembacaan ucapan Hari Guru dari Menteri Pelajaran yang dibacakan oleh GPK 1, Cikgu Ahmad Sukri sementara Cikgu Emey Tarmizi membacakan ucapan Hari Guru oleh KPPM. Wakil murid dan YDP PIBG juga turut memberikan ucapan. Guru-guru juga menyanyikan rangkaian lagu Tema Hari Guru, Guru Malaysia serta lagu Setangkai Mawar. Tidak ketinggalan GPK Kokurikulum dan GPK HEM turut menyumbangkan lagu pada program tersebut. Syabas dan tahniah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Tahun depan....insyaallah kita cuba meriahkan lagi sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru......"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" Gambar akan menyusul......

Read More......
Sabtu, 21 Mei 2011 Posted in | | 2 Comments »



6 Mei - Sekolah kita telah dikunjungi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang (JKJR). JKJR yang diketuai oleh Pn. Aini Salihan bersama tiga ahli iaitu Cik Nur Afizah Abd. Wahid, Fasdly Firdaus Aldy dan Ahmad Paizi Haris menunjukkan demonstras dan kuizi keselamatan jalan raya. Di antaranya demonstrasi yang dilakukan seperti cara melintas jalan, memakai topi keledar, kuiz keselamatan jalan raya dan seumpamanya. Di samping itu juga, murid-murid juga ditunjukkan dengan tayangan video yang menunjukkan bagaimana menjaga keselamatan di jalan raya.
Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz diberi ganjaran berupa cenderamata daripada JKJR. Program sehari bersama JKJR ini dianjurkan oleh pihak pengurusan HEM mendapat perhatian daripada murid-murid serta warga pendidik. Pihak sekolah beruntung kerana turut mendapat sumbangan buku latihan dan aktiviti JKJR yang boleh digunakan oleh murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKJR Pahang kerana memilih sekolah ini dalam program kempen keselamatan jalan rayanya ke seluruh negeri Pahang. Tidak ketinggalan, pameran keselamatan jalan raya juga berjaya menarik perhatian seluruh warga sekolah.

Read More......
Isnin, 16 Mei 2011 Posted in | | 0 Comments »

Read More......
Khamis, 12 Mei 2011 Posted in | | 0 Comments »

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

Pengakuan

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan maklumat yang diambil daripada blog ini. Terima kasih.