I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum w.b.t......

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadah, jinayah, muamalah, sains, teknologi dan sebagainya. Firman Allah S.W.T :

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). – al-An’am : Ayat 38

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.

Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq :

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – al-‘alaq : Ayat 1-5



Pada 26 Ogos 2010 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1431H, SK LKTP Tersang Satu sekali lagi mengadakan Sambutan Majlis Nuzul Al-Quran. Pengisian sambutan ini termasuklah Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Encik Khairol Muhazam bin Mohamed Al-Hafiz( Imam Besar Masjid Abu Bakar, Raub) , Kuiz Kasih Ramadhan, Kuiz Cinta Ramadhan, Kuiz Cintakan Al-Quran untuk Guru2 dan acara kemuncak adalah khatam Al-Quran oleh murid-murid tahun 3 hingga tahun 5 serta penyampaian duit Zakat kepada murid oleh Kedai Kita. Semoga sambutan ini diteruskan pada tahun-tahun mendatang dan memberi manfaat yang sangat baik kepada semua warga sekolah.

Isnin, 30 Ogos 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1431 H/ 2010 M"

Pengakuan

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan maklumat yang diambil daripada blog ini. Terima kasih.